banner besar bitvertiser

banner biasa revenew hitz

top banner revenewhitz

Wednesday 28 January 2015

Nursuhaila Eliani dihukum penjara 7 hari


BEKAS isteri pelakon dan pengacara Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimi dijatuhi hukuman penjara tujuh hari mulai hari. - Foto mohd Asri Saifuddin Mamat
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, sebentar tadi memerintahkan bekas isteri pelakon dan pengacara Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimi menjalani hukuman penjara tujuh hari mulai hari ini selepas ingkar perintah mahkamah berkaitan hak lawatan dan bermalam anak mereka, Zahrah Rania.

Hakim Syarie Mawardi Che Man memutuskan sedemikian selepas menolak tunjuk sebab yang dikemukakan Nurshuhaila.
Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan hukuman itu sehingga jam 4 petang ini bagi membolehkan peguam Saadiah Din memfailkan permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman terhadap anak guamnya.

No comments:

Post a Comment