banner besar bitvertiser

banner biasa revenew hitz

top banner revenewhitz

Showing posts with label lisa surihani. Show all posts
Showing posts with label lisa surihani. Show all posts

Wednesday, 28 January 2015

YUSRY SAHKAN LISA SURIHANI HAMIL



Pengarah dan pelakon, Yusry Abdul Halim mengesahkan isterinya, Lisa Surihani kini hamil.

Bagaimanapun ujar pengarah Cicakman 3 ini, mereka enggan berkongsi maklumat lanjut mengenai perkara tersebut.


"Mengenai berita kehamilan itu, ya, Lisa mengandung. Tapi kami mohom maaf kerana tidak dapat berkongsi maklumat lanjut.

"Sejujurnya kami memegang pesanan orang tua-tua bahawa berita mengenai kehamilan hanya boleh dikongsi selepas tempoh tertentu.

"Jadi apabila tiba masanya, kami akan berkongsi dengan lebih lanjut," ujarnya yang ditemui selepas pelancaran filem Cicakman 3 di Pavilion, Kuala Lumpur, semalam.

Yusry turut menafikan sengaja merahsiakan perkara ini kerana terlibat dengan kontrak penyiaran bersama Astro mengenai pengumuman kehamilan Lisa.

"Pasal kontrak itu semua hanya spekulasi. Kami tidak terikat dengan sesiapa," katanya.

Sementara itu Lisa menambah, dia pada mulanya berasa serba salah untuk berkongsi mengenai berita kehamilannya, namun bersetuju untuk memaklumkan perkara itu bagi mengelakkan spekulasi berpanjangan.

"Bila ada wartawan yang mesej, saya memang serba salah nak jawab, sebab masih baru dan orang tua-tua pesan kalau boleh lepaskan trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan) baru kongsi berita ini.

"Apa pun Alhamdulillah atas doa banyak pihak dan terima kasih atas mesej positif yang saya terima menerusi pelbagai medium," ujarnya sambil tersenyum.

Yusry dan Lisa mendirikan rumahtangga pada 23 Februari 2012.

Sumber: Sinar Harian

Monday, 26 January 2015

Lisa Surihani Hamil 2 Bulan ????

 
Jika perkara yang kami dengar ini benar, maka kami yakin ramai peminat Lisa Surihani di luar sana pasti mendoakan perkara yang sama terhadap kandungan yang dibawa oleh Lisa.
Menurut ruangan Cik Pang di Harian Metro, perkhabaran tersebut mengatakan Lisa sudah mengandung tetapi masih di peringkat awal manakala Lisa pula ketika ini masih tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara berkenaan.
Tapi menurut cerita, Lisa memang tidak mahu isu dia mengandung menjadi kecoh lebih-lebih lagi apabila kadungannya masih lagi diperingkat awal.
Timbul juga teori mengatakan Lisa tidak boleh memberitahu secara terbuka kerana sudah menandatangani kontrak bersama Astro dan pengumuman mengenainya akan dibuat secara eksklusif di stesen televisyen berbayar itu.
Terlalu awal ketika ini untuk membuat sebarang spekulasi namun apa-apa pun berita yang bakal kita dengar daripada mulut Lisa nanti, kami doakan yang terbaik. Kami pasti ramai peminat Lisa dan juga Yusry ternantikan saat-saat bahagia dengan kehadiran si comel penambah seri keluarga tersebut.