banner besar bitvertiser

banner biasa revenew hitz

top banner revenewhitz

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Thursday, 22 January 2015

LUAHAN HATI SEDIH PENGASAS QU PUTEH APABILA GAMBARNYA DIJADIKAN BAHAN LAWAK DI LAMAN SOSIAL

Bukan mudah untuk membina nama dalam perniagaan. 


Saya sudah bersedia menerima kerana rakan serta adik-beradik menasihatkan agar reda menerima apa saja yang diperkatakan.





“Namun bagi saya, apa yang ingin saya sampaikan melalui dua program besar itu, terutama AJL yang ditonton kira-kira tujuh juta orang, berjaya selepas ramai memperkatakan mengenai produk Qu Puteh,” luah Pengasas Vida Beauty Datuk Seri Dr Hasmiza Othman.

 Datuk Vida mula menjadi tumpuan selepas menaja dua program besar iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) 29 dan Gegar Vaganza sehingga membuatkan banyak gambar serta ceritanya disiarkan di media sosial.

Tagline ‘Qu Puteh barulah puteh’ sambil menyentuh pipi dengan jari yang digayakan Datuk Vida dalam kedua-dua program itu menjadi sebutan sehinggakan ada yang menjadikannya sebagai bahan jenaka.

Bukan setakat itu, ada juga yang mengubah dan menukar gambar Datuk Vida menjadi bahan ketawa, termasuk mengubah lirik lagu Apa Khabar serta mengaitkan dengannya.

“Sedih melihat gambar saya dijadikan bahan lawak, namun saya tidak ambil peduli.

“Mereka yang ada masa untuk edit gambar saya, semua ini saya anggap seperti anak-anak yang masih belum matang,” katanya.


“Dalam rasa sedih diejek, saya tetap gembira apabila ada yang nampak apa yang cuba disampaikan. Kini apabila sebut mengenai nak jadi putih, pasti akan teringat produk saya,” katanya.

Tambah Vida, walaupun menerima kutukan, dia tetap berhasrat terus menaja program hiburan selepas ini.


Tabah hati Datuk Vida ini. Kagum kami dengan semangat beliau.

Tuesday, 20 January 2015

1 Jenama Sardin 3 Logo HALAL



Sama ada halal atau tidak, hanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sahaja yang boleh jawab tentang status halal pada ketiga-tiga sardin dalam tin ini.

Ketiga produk ini dikeluarkan oleh satu syarikat yang membawa jenama sama dan dijual di hampir semua pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.

Apa sebenarnya yang terjadi atau Jakim telah terlepas pandang sehingga ketiga-tiga logo halal ini boleh digunakan untuk pasaran terbuka oleh syarikat pengeluar sardin dalam tin terbabit?

Wartawan MalaysiaGazette yang membuat tinjauan di lima pasar raya mendapati, produk jenama ini dijual dalam susunan atas rak bersama beberapa jenama lain.

Disebabkan jenamanya sudah lama, pengguna tidak mempunyai keraguan dan sentiasa mendapat sambutan.

"Perkara halal dan haram ini tidak boleh dibiarkan kerana ini melibatkan akidah umat Islam. Mungkin Jakim tak sedar perkara seperti ini boleh berlaku dan pihak pengeluarnya pula ambil mudah sebab pada dasarnya sudah pun dapat kelulusan Jakim.

"Saya pun terkejut apabila mendapati tiga logo halal berlainan yang tertera pada tin sadin itu. Yang saya tahu, hanya satu sahaja yang Jakim benarkan," kata seorang pembeli, Mohd Salleh Baharuddin dari Ampang, Selangor.

Selain tiga logo tersebut, terdapat juga logo lain yang turut dilekatkan pada produk yang dikeluarkan oleh syarikat lain...

Bezanya, produk tersebut diimport dari negara luar dan boleh diterima akal jika logo halal yang digunakan bukan yang dibenarkan Jakim...

Pun demikian, jika bukan dibenarkan Jakim, kenapa ia boleh diguna pakai di negara ini? Persoalannya halal atau tidak dan sampai bila pengguna beragama Islam terpaksa menjadi mangsa penipuan pihak terbabit? 

 Sumber:  MalaysiaGazette

Kesal Peniaga Hanya Ketawa Mangkuk Cendol Berisi Lipas

SUBANG JAYA – Yang dipesan cendol biasa tetapi yang dihidangkan cendol berisi lipas! Insiden meloyakan itu dihadapi seorang operator sebuah syarikat swasta ketika menikmati minuman itu di gerai tepi jalan di Subang Jaya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dine, 21, berkata, dia ke gerai berkenaan bersama empat saudaranya kira-kira jam 3.20 petang untuk menghilangkan dahaga.

Mangsa terus menikmati minuman yang dipesan tanpa menyangka terdapat hidangan tambahan dalam minuman terbabit.

Selepas beberapa kali mencedok minuman ke mulut, Dine mendakwa terlihat ada objek berwarna hitam dalam mangkuk tersebut.

“Bila dicedok saya terkejut ada seekor lipas mati dalam mangkuk. Kerana terlalu loya dan jijik, saya terus muntah di situ juga,” ceritanya kepada Sinar Harian.

Tidak berpuas hati dengan perkara itu, Dine segera menunjukkan mangkuk cendol berisi lipas kepada peniaga namun aduannya tidak dilayan.

Lebih dikesalkan peniaga itu hanya ketawa sebelum menyuruhnya jangan berbuat bising.

“Saya kecewa dengan reaksinya, anak peniaga itu pula mengugut akan memanggil gengnya jika saya tidak berhenti buat bising di gerainya,” katanya.

Kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan, Dine beredar dari gerai tersebut apabila anak peniaga itu mula menunjukkan kekasaran.

Dine membuat laporan kepada Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan meminta pihak berkuasa tempatan itu melakukan pemeriksaan kebersihan di gerai tepi jalan bagi mengelak insiden berulang.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Korporat MPSJ, Muhammad Azli Miswan berkata, pihak majlis akan melakukan siasatan terhadap aduan tersebut.

“Sekiranya didapati ada berlaku pelanggaran syarat-syarat kesihatan, tindakan selanjutnya akan diambil,” katanya

Sumber mynewshub.cc