banner besar bitvertiser

banner biasa revenew hitz

top banner revenewhitz

Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Friday, 13 February 2015

[Video dan Gambar] Pelajar Perempuan Tahun 1 Dicabul Guru Dalam Stor Sukan!

Gambar hiasan

TUMPAT - Seorang murid perempuan Tahun Satu sebuah sekolah rendah dekat sini mengalami trauma untuk ke sekolah setelah mendakwa dicabul oleh seorang guru lelaki sekolah berkenaan, Isnin lalu.

Dalam kejadian sebelah pagi itu, murid berkenaan mendakwa telah dicabul guru sukan itu ketika berada di stor sukan.

Difahamkan, kejadian itu terbongkar pada sebelah petang hari yang sama apabila murid tersebut memberitahu ibunya bahawa dia enggan lagi pergi ke sekolah kerana trauma atas perbuatan keji guru terbabit.


Bapa mangsa kemudian melaporkan kejadian berkenaan di Balai Polis Wakaf Bharu dekat sini kelmarin.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan.


"Suspek juga sudah dikenalpasti dan usaha mengesannya kini sedang dilakukan," katanya.

[Gambar dan Video] REMAJA DIROGOL BERGILIR 5 ORANG RAKAN TEMAN LELAKI



Kuala Lumpur – Seorang remaja perempuan terpaksa melalui detik hitam apabila dirogol oleh lima lelaki yang dipercayai rakan teman lelakinya sendiri selepas melarikan diri dari pihak polis dalam kejadian di Lombong Buaya, Kampung Sri Aman, Puchong 12 November lalu
.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa berusia 16 tahun berkenaan dikatakan mengikuti teman lelakinya seorang warganegara Myanmar yang dikenali sebagai Mohd Hisham keluar makan di Kampung Sri Aman.

Sebaik selesai makan, mereka pulang ke rumah dan diekori oleh lima suspek menaiki tiga motosikal sebelum terserempak dengan kereta peronda polis yang cuba menahan mereka untuk membuat pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, ketika cuba ditahan, mereka berjaya meloloskan diri daripada ditahan kereta peronda polis dan sampai ke lokasi kejadian.

Menurutnya, ketika ditempat kejadian, mangsa diraba oleh rakan teman lelakinya yang bernama “Pendek” menyebabkan mangsa berang dan bertindak menumbuk muka sehingga hidung suspek berdarah.

“Suspek menjadi marah dan bertindak merogol pengadu secara bergilir-gilir. Teman lelaki mangsa ada melihat kejadian terbabit tetapi tidak berani untuk membantu disebabkan takut kerana suspek ramai.

“Empat suspek berjaya ditahan manakala seorang lagi masih diburu,”katanya ketika dihubungi, sebentar tadi, lapor Hmetro.