banner besar bitvertiser

banner biasa revenew hitz

top banner revenewhitz

Sunday 18 January 2015

Caliph Buskers, Pencarian Edry Berhasil Di AJL 29

Siapa tengok AJL 29 semlam? Haaa sampai sekarang rasa nak tepuk tangan bersorak je tau, tambah-tambah dengan persembahan memukau daripada kumpulan Mojo dan Caliph Buskers! Berdiri bulu roma tengok persembahan dorang ni. Memang berjaya memukau setiap hadirin yang ada di dalam Stadium Putra, Bukit Jalil. Tahniah setahniahnya kepada Edry dengan keputusan yang dilakukannya di saat-saat akhir AJL 29. Ternyata kuasa sengatan vokal Aweera berjaya digantikan dengan sengatan vokalis kumpulan Caliph Buskers iaitu Azmi.
Kalau korang nak tahu, kumpulan Caliph Buskers ni hanyalah sekumpulan pemuzik jalanan busker yang dianggotai insan-insan kelainan upaya, Fendy, Mohd Zaki, Nirwan Zainal, Khairul Azmi, Nor Nadira dan Syahzmeen yang sememangnya mengagumkan kami dan pastinya anda juga kan. Bakat yang luar biasa ditampilkan mereka benar-benar mengagumkan kami. Nyanyi kat tepi jalan pun dah menyentuh hati kami tau!
Caliph Buskers, Pencarian Edry Berhasil Di AJL 29
Caliph Buskers
Konflik sebelum ini dalam mencari pengganti Aweera setelah “Aweera Disingkir AJL 29, Bongkar Muslihat Edry (KRU)” dan  berjaya “Mojo Tampil Dengan Vokalis Baru” dari Indonesia akhirnya berakhir dengan persembahan mantap daripada Caliph Buskers sememangnya suatu keputusan yang tidak diduga dilakukan oleh Edry Abdul Halim.

Ternyata “Mojo Ubah Strategi AJL 29, Sasar Trofi Kemenangan” membuahkan hasil malah lebih daripada satu kemenangan yang mereka peroleh. Mereka berjaya memenangi hati seluruh rakyat Malaysia. Nyata sekali, 18 Januari 2015 merupakan detik bersejarah bagi Caliph Buskers kerana diberi peluang untuk membuat persembahan nyanyian lagu Romancinta di majlis berprestij Anugerah Juara Lagu 29 sekaligus muncul sebagai pemenang bagi Persembahan Terbaik.
Caliph Buskers, Pencarian Edry Berhasil Di AJL 29
Edry bersama vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi
Terima kasih diucapkan kepada Edry Abdul Halim kerana memberi kepercayaan dan membawa Caliph Buskers ke pentas AJL 29 ini. Tak sia-sia usaha yang anda lakukan, kami respect la bro! Menitis air mata kami dengan persembahan Mojo danCaliph Buskers.
Caliph Buskers, Pencarian Edry Berhasil Di AJL 29
Edry sempat berkongsi hasil usaha pencarian vokalis bagi kumpulan Mojo di laman Instagram
Tak perlu cakap banyak korang layan la sendiri persembahan dorang ni. Memang tidak mengecewakan!

No comments:

Post a Comment