banner besar bitvertiser

banner biasa revenew hitz

top banner revenewhitz

Tuesday, 6 January 2015

AKHIRNYA..!! ZARINA ZAINUDDIN DEDAHKAN SUAMI DAN MADU YANG DI RAHSIAKAN SELAMA 21 TAHUN

 


 | Dramatis Zarina Zainuddin akhirnya mendedahkan identiti suami yang dikahwininya 21 tahun lalu, sekaligus menamatkan tanda tanya yang berlegar di minda peminat dunia seni selama ini.

Pendedahan yang dilakukan dalam satu majlis kenduri doa selamat di kediamannya di Subang Jaya, 1 Januari lalu itu adalah kerana pelakon berkenaan tidak sanggup lagi menyembunyikan gerangan suaminya, apatah lagi pernah bertebaran cerita kurang enak sebelum ini.

Dalam majlis tersebut, Zarina, 44, turut memperkenalkan madunya, iaitu Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor.

“Saya tidak mencari publisiti murah dengan mendedahkan identiti mereka berdua di media massa. Niat saya untuk mengelakkan fitnah dan cerita kurang elok tentang status saya selepas ini.


“Sebenarnya saya hanya berkahwin dengan seorang lelaki saja dalam hidup iaitu Datuk Seri Dr Abdul Raihan Wan Jaafar ketika berusia 22 tahun. Hanya dia suami saya dunia akhirat,” katanya yang dipetik sisipan Pancaindera hari ini.

Zarina berkata, pada permulaan madunya agak kurang bersetuju apabila dirinya menyuarakan hasrat untuk ‘memperkenalkan’ suami dan keluarga besar mereka, namun wanita itu akhirnya memberi kebenaran selepas beberapa kali berbincang.


Perkahwinan Zarina dengan ahli perniagaan berkenaan dikurniakan empat cahaya mata iaitu kembar Muhmmad Razil Azrai, Muhammad Raizal Azrai, Muhammad Naim Azrai dan Muhammad Adam Azrai, lapor Antarapos.

Mengenai majlis persandingan yang terpaksa dibatalkan dan ditukarkan menjadi majlis kenduri doa selamat, Zarina terkejut dan bimbang kerana keluarga mertuanya turut mengalami musibah banjir besar di Kuala Krai sehingga terpaksa berlindung diatas bukit selama lima hari sebelum bantuan sampai.

"Mereka hanya makan biskut dan minum air hujan sepanjang tempoh tersebut. Tambahan keadaan ibu mertua yang tidak beberapa sihat membuatkan hati berasa tak senang", tambahnya lagi.



Zarina juga akan mnziarahi keluarga mertuanya tidak lama lagi. Selain itu dia turut mengambil inisiatif dengan menghantar sumbangan buat mangsa banjir di Kelantan.

Apapun, kisah cinta pelakon ini dengan Datuk Seri Dr Abdul Raihan Wan Jaafar kini bukan lagi satu rahsia, semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

No comments:

Post a Comment