banner besar bitvertiser

banner biasa revenew hitz

top banner revenewhitz

Thursday 4 December 2014

Masihkah anda ingat dengan iklan Zalora 2 tahun lalu semasa Zalora mula bertapak di Malaysia?
Seorang lelaki tak keruan menegah semua ahli keluarga perempuannya membeli-belah di laman web Zalora dan menjadi lebih chaos apabila Zalora menghantar barangan ke pintu rumahnya. Habis semua menjerit!
Kini, iklan itu seakan-akan menjadi realiti buat pasangan Muhamad Radzi Ali dan Nuzaimah Ideris yang sedang menanti ketibaan cahaya mata.
Kisahnya bermula apabila Radzi menulis di wall Facebook Fan Page Zalora Malaysiauntuk memohon pihak Zalora menghalang isterinya dengan beberapa cadangan yang sememangnya Zalora tidak dapat tunaikan!
z1
Whoa! Post oleh Radzi itu mendapat respon dari admin Zalora! Admin tersebut membalasnya dengan gaya yang agak kelakar dan sempat lagi meminta Radzi melanggani newsletter mereka bagi mendapat lebih info dan diskaun
z2
Kenyataan balas Radzi lebih menggemparkan! Dia terus meminta Zalora ban sahaja isterinya itu dengan memberi nama penuh isterinya sebagai rujukan buat Zalora.
z3
Admin Zalora tidak dapat menahan diri lagi dengan kelucuan dan kegigihan seorang suami ini. Admin Zalora berjanji akan cuba ban isteri Radzi jika itu yang dia mahukan.
z4
Keadaan menjadi lebih havoc apabila isteri Radzi turut menulis komen di post tersebut. Nuzaimah tidak bersetuju dengan cadangan suaminya itu dan menyatakan betapa ruginya Zalora jika mengabaikan dia sebagai seorang pelanggan. Bagi memanaskan lagi keadaan, Nuzaimah meminta Zalora memberinya diskaun lagi
z5
Pada saat ini, kami boleh bayangkan keadaan admin Zalora pada waktu itu apabila membaca tulisan dari pasangan ini. Pasti ketawa berdekah-dekah dengan keletah mereka berdua ini
z6
Kisah ini tidak terhenti di situ sahaja. Rupa-rupanya ia telah menjadi viral di media sosial dengan perkongsian screenshot perbualan mereka itu. Ini membuatkan Nuzaimah berasa tidak senang. Lalu membuat pengakuan ini:
z7
Admin Zalora tidak cepat melatah dengan pengakuan tersebut. Mungkin juga Zalora menyedari mereka telah mendapat free publicity dek kerana pasangan ini.
z8a
Tapi kenapa Zalora mahu minta pasangan ini menghubungi mereka???
z9
Pastinya pihak Zalora akan melakukan sesuatu yang bijak bagi menyempurnakan kisah viral ini. Yang pasti tindakan Zalora ini akan dicemburui semua orang terutama pelanggan-pelanggan Zalora sendiri
Radzi telah memberitahu kami ini:
radzi
Yup! Zalora Malaysia mahu datang ke rumah mereka! Dan telah pun ke rumah mereka pada 3 Disember 2014 yang lalu. Zalora tidak datang dengan tangan kosong.
Scene seterusnya ini sama seperti di dalam iklan Zalora 2 tahun lalu!
OMG! OMG! OMG!
zz
Ding dong!
zalora13
Nuzaimah terkejut dengan apa yang ada di depannya ketika itu
zalora12
Seperti yang telah dimaklumkan Radzi, Zalora telah membuat kejutan untuk isterinya dengan membawa barangan Zalora yang bernilai ribuan ringgit
zalora9
zalora15
Di dalam iklan Zalora, ia ditamatkan dengan si suami menjerit apabila tahu Zalora datang ke rumah. Pasti anda tertanya-tanya apakah pula reaksi Radzi apabila Zalora telah menghadiahkan isterinya stok setahun.
z10
z11
Lagi bertuah jika Radzi mendapat solusi masalah penyimpanan barang-barang isterinya ini dari IKEA pula
z

No comments:

Post a Comment