banner besar bitvertiser

banner biasa revenew hitz

top banner revenewhitz

Sunday 7 December 2014

(10 Foto) Seorang pelawak turut serta dalam insiden kekalahan Malaysia vs Vietnam ???



Macam2 orang ni kan, nampak saja kan,haha. Mungkin pelanduk 2 serupa dengan nabil kan,hehe
Yeah!!! kasi tangkap.sbb tahi2 ni la yg merosakkan nama malaysia.xpsal2 org cop malaysia ni ganas.



Shah Alam: Enam penyokong Malaysia ditahan polis dalam dalam perlawanan separuh akhir Harimau Malaya menentang Vietnam pada Piala AFF di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, lima orang ditahan atas kesalahan membakar suar manakala seorang lagi terbabit dalam pergaduhan dengan seorang penyokong Vietnam.
“Lima lelaki yang ditahan kerana membakar suar di dalam stadium ketika perlawanan berlangsung walaupun arahan untuk tidak berbuat demikian sudah dikeluarkan.
“Seorang lagi ditahan kerana terbabit dalam pergaduhan dengan penyokong Vietnam itu berlaku pada minit terakhir perlawanan susulan provokasi yang dimulakan penyokong Malaysia.
"Pergaduhan itu dapat dileraikan dengan tindakan pantas polis yang bertugas namun penyokong Vietnam yang cedera enggan membuat laporan polis walaupun sudah dinasihatkan berbuat demikian," katanya kepada Harian Metro.
Beliau berkata, semua lelaki berusia 20-an yang ditahan sudah dibebaskan selepas polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi Facebook (FB), menzahirkan rasa kecewa dengan tindakan segelintir penyokong Malaysia yang menyerang penyokong Vietnam.
“Tiada alasan bagi tindakan ganas tersebut. Lebih-lebih lagi terhadap tetamu dalam negara kita. Apakah ini cara kita layan tetamu? Tak kiralah mereka datang melancong ke memang dah kerja sini ke, ini bukan budaya Malaysia,” tegasnya.
Menurutnya, beliau masih menunggu laporan rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung perkara itu.

DUA penyokong Vietnam diserang beberapa penyokong Malaysia di Stadium Shah Alam. FOTO Goh Thean Howe

















No comments:

Post a Comment