banner besar bitvertiser

banner biasa revenew hitz

top banner revenewhitz

Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Friday, 13 February 2015

[Video dan Gambar] Selepas Bapa Tiri Cabul, Bapa Kandung Pula Rogol,

 Malang sungguh bak kata pepatah, terlepas dari mulut naga, masuk pula ke mulut rimau - Tindakan seorang ibu di Sabah menghantar anak daranya ke pangkuan bapa kandungnya berikutan cubaan suami barunya itu mencabul remaja berkenaan, umpama menghantar anak sulungnya ke mulut harimau, apabila anak gadisnya itu dirogol bekas suami.


Selepas Bapa Tiri Cabul, Bapa Kandung Pula Rogol
Selepas Bapa Tiri Cabul, Bapa Kandung Pula Rogol (gambar hiasan)
Malah, dalam kejadian itu, bapa kandung remaja berusia 18 tahun itu dikatakan sudah menyarung kondom selain meletakkan pelincir dipercayai untuk ‘meratah’ anak gadisnya itu, tetapi mangsa diselamatkan sepasukan polis yang menyerbu hotel berkenaan.



Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki yang bekerja kilang di Masai itu cuba merogol anaknya untuk kali ketiga sebelum polis menyerbu masuk bilik hotel yang disewa mereka. 

Difahamkan, suspek berasal dari Sabah bercerai dengan ibu mangsa ketika mereka tinggal di Sabah semasa mangsa berusia 8 tahun.

Mangsa dan adik lelakinya tinggal bersama ibunya di Sabah, manakala suspek berhijrah dan bekerja di sebuah kilang di Johor. Bagaimanapun, masalah timbul apabila bapa tiri mangsa cuba mencabulnya Mac lalu, menyebabkan ibu mangsa menghantar remaja itu ke Johor untuk tinggal bersama bapanya di Masai. 

Malangnya, ketika tidur di rumah bapanya itu pada 5 April lalu, mangsa dirogol pada kira-kira jam 1 pagi, sebelum dirogol kali kedua 14 April lalu di sebuah hotel di Johor Bahru selepas gagal berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara (Johor Bahru).

Dalam kejadian terbaru, dua beranak itu pergi menguruskan dokumen diri mangsa di JPN Johor Bahru sebelum lelaki itu mengajak anaknya ke daerah ini dengan alasan mencari pekerjaan.

Apabila tiba di sebuah hotel, mangsa yang curiga dengan kelakuan bapanya yang asyik memegang kemaluannya, meminta suspek membelikan makanan dan ketika lelaki berusia 37 tahun itu keluar, mangsa menghubungi sepupunya di Skudai dan meminta diselamatkan.

Sepupu mangsa menghubungi kenalannya yang juga anggota polis negeri ini yang menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi untuk mendapatkan bantuan. Sebaik menerima maklumat lokasi sebenar hotel, sepasukan polis diketuai Ketua Unit Cawangan Pegawai Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat menyerbu bilik suspek di hotel berkenaan.

[Video dan Gambar] Pelajar Perempuan Tahun 1 Dicabul Guru Dalam Stor Sukan!

Gambar hiasan

TUMPAT - Seorang murid perempuan Tahun Satu sebuah sekolah rendah dekat sini mengalami trauma untuk ke sekolah setelah mendakwa dicabul oleh seorang guru lelaki sekolah berkenaan, Isnin lalu.

Dalam kejadian sebelah pagi itu, murid berkenaan mendakwa telah dicabul guru sukan itu ketika berada di stor sukan.

Difahamkan, kejadian itu terbongkar pada sebelah petang hari yang sama apabila murid tersebut memberitahu ibunya bahawa dia enggan lagi pergi ke sekolah kerana trauma atas perbuatan keji guru terbabit.


Bapa mangsa kemudian melaporkan kejadian berkenaan di Balai Polis Wakaf Bharu dekat sini kelmarin.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan.


"Suspek juga sudah dikenalpasti dan usaha mengesannya kini sedang dilakukan," katanya.

[Gambar dan Video ] Pengacara Selamat Pagi Malaysia Dicabul Pengurus Ketika Tidur


pengacaraPenyanyi dan pengacara program Selamat Pagi Malaysia, Iesya Toh, 30, terpaksa memecat pengurus yang lebih sedekad menguruskan karier seninya. Semuanya gara-gara pengurus itu didakwa cuba mencabul kehormatan dirinya, baru-baru ini.
“Selepas berbincang dengan ahli keluarga, saya sudahpun memecat pengurus terbabit lebih dua bulan lalu. Saya pun tidak sangka dia sanggup melakukan perbuatan itu ketika saya tidur. Mujur saya cepat tersedar dan segera menghentikan perbuatannya itu,” katanya.Walaupun berat hati untuk berbuat demikian, Iesya terpaksa melakukannya demi menjaga kehormatan diri.

“Saya terpaksa membuat pendedahan ini kerana ramai peminat di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang tidak tahu pengurus terbabit sudah tidak menguruskan karier seni saya lagi.
“Saya berharap mereka yang ingin berurusan dengan saya boleh berhubung terus dengan pembantu peribadi,” katanya.
Demi masa depan karier seni, pemilik nama sebenar, Nor Iesyatirradiah Sanny Toh mengakui dia tidak cepat mengalah. Sebaliknya, penyanyi kelahiran Johor Bahru ini percaya setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya.
“Pada mulanya saya berasa goyah juga kerana ketika itu baru muncul dengan album kedua berjudul Kasih. Saya juga impi lagu Kasih yang dipopularkan penyanyi popular Hetty Koes Endang dan ciptaan komposer terkenal Indonesia, Richard Kyoto juga sebagai peluang keemasan untuk menembusi pasaran muzik Indonesia.
“Malah, saya juga diundang untuk muncul di stesen TV di sana. Namun, sayangnya kejadian yang tidak diduga ini berlaku menyebabkan ia terpaksa ditunda dulu,” katanya.
Apapun, kata penyanyi berdarah kacukan Thailand, Cina, Arab dan Melayu ini, sampai masanya dia belajar erti berdikari untuk menguruskan karier seni.
“Mujur saya masih ada pembantu peribadi, ahli keluarga dan ahli kelab peminat Iesyafanzatic yang terus memberi sokongan padu dari belakang,” katanya.
Iesya sibuk buat persiapan kahwin Sebelum ini, Iesya sering digosipkan menjalinkan hubungan dengan golongan kenamaan mahupun VIP. Namun, semua gosip dan kontroversi yang melanda diri tidak sedikitpun menjadi kudis buat dirinya. Hakikatnya hati pengacara manis ini sudahpun dimiliki seorang jejaka yang dikenali lebih setahun lalu.
“Si dia bekerja sebagai kontraktor dan berusia 35 tahun dan kami sudah merancang untuk terus bernikah pada Mei ini di Masjid Angkasapuri.
“Insya-Allah, majlis resepsi pula dijangka berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya,” katanya.
Bercerita lanjut perkembangan karier seninya, Iesya yang turut tersenarai dalam pencalonan awal, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 turut tidak menang tangan memenuhi undangan persembahan nyanyian.
Terbaru, mini showcasenya turut mendapat sambutan hangat daripada peminat di Hard Rock Cafe Melaka pada September tahun lalu. Antara lagu disampaikan ialah Kaulah Segalanya, Menghitung Hari, I will survive, Akhirnya Kini Pasti dan Gadis Dan Bunga.
Apa yang menarik, Iesya juga membuat ‘tribute’ buat ibu saudaranya, Allahyarham Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini menerusi lagu seperti Hapuslah Airmata mu, Terbang Helang, Kenangan manis di bulan September dan Seiring dan Sejalan.
Selain itu, dia turut membuat ‘tribute’ untuk idolanya Whitney Houston dengan lagu seperti Saving My Love For You, I Have Nothing dan I will Always Love You.
Manakala, dalam segmen terakhir pula, Iesya memilih untuk menyampaikan lagunya sendiri iaitu Anak Adam, Semanis Janji dan Kasih dengan iringan ‘live band’ kumpulan Klutz dari Singapura.
Sebelum ini, dia pernah buat ‘showcase’ di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur (2011) dan Hard Rock Cafe Pulau Pinang (2012). Album sulungnya berjudul Impian bukan saja mendapat sambutan di Singapura, sekali gus lagu Semanis Janji yang dipertaruhkan turut menjadi lagu tema drama bersiri tempatan di sana.
sumber : Harian Metro

Sunday, 8 February 2015

(FOTO dan VIDEO) LANA NORDIN KEMBALI SEKSI, LURAH DADA DAN JADI TUMPUAN

Sekitar bulan Mac yang lalu para peminat agak gembira melihat Lana Nordin yang mula mengambil langkah awal untuk ke arha perubahan yang lebih positif apabila mengerjakan umrah buat pertama kalinya — bersama sama rakan artis Lisdawati.

Tidak kurang juga peminat yang mendoakan supaya Lana Nordin, artis yang penuh kontroversi ini mengenakan hijab sepenuhnya. Namun, impian mereka nampak tidak akan menjadi kenyataan sekurang kurangnya buat masa ini.

Menerusi forum hiburan popular Cari, seorang peminat telah mendedahkan gambar terkini pelakon itu yang didakwa diambil ketika Lana Nordin dan rakannya berparti sakan di sebuah kelab hiburan di ibu negara baru baru ini.

Ini menimbulkan kata kata kurang enak yang Lana Nordin sebenarnya tidak banyak berubah sejak mengerjakan umrah walaupun pernah beberapa kali mengeluarkan kenyataan media yang beliau bersedia untuk perubahan positif — lebih lebih lagi ketika bersama Johan As’ari.

Well, kita semua harus bersedia untuk mendapat jawapan cliché seperti gambar ini merupakan koleksi lama dan diambil beberapa tahun dulu. Permainan biasa dunia artis, heh. (rtky/m)

Monday, 26 January 2015

MALAYSIA 1968 : PENGKEBUMIAN, POTONG RUMPUT, SAWAH PADI DAN ULAR BESAR!



Suasana kehidupan seharian rakyat pelbagai kaum di Malaysia tahun 1968 tetapi yang agak ngeri adalah rakaman minit 4.35 di mana ular besar ditangkap hanya dengan tangan!


suasana masih segar tanpa pencemaran dan masih sejuk mata memandang tapi sekrg semuanya telah byk yg hilg dri pandangan mata...yg ada cuma pemandangan yg memanaskan pandangan.Rindu sangat dgn suasana mcm ni tpi apakan daya arus kemodenan dunia mghancurnkan semua...lenyap ditelan era kemajuan.

 

(Video) Punca Adira jatuh di pentas Konsert Mentor Legend

#Persaingan di konsert Mentor Legend bagi kumpulan A pada malam Ahad 25 Januari 2015 menyaksikan Protege membuat persembahan duet bersama artis (penyanyi) pilihan Protege #Mas Idayuiaitu Tuah bergandingan bersama Adira dengan mendendangkan lagu medley Muara Kasih dan Ombak Rindu.


Persembahan tersebut mendapat reaksi yang positif dari juri tetap #Mentor Legend manakala juri awam memberikan 16 markah kepada persembahan mereka,Bagaimanapun, satu insiden yang tidak dijangka berlaku apabila Adira terjatuh di pentas konsert Mentor Legend semasa berjalan meninggalkan pentas.

Apa yang dapat diperhatikan punca Adira terjatuh mungkin terpijak kain yang terlalu labuh. Mujur insiden tersebut tidak mendatangkan sebarang kecederaan yang serius kepada Adira.

VIDEO PERSEMBAHAN TUAH DAN ADIRA (MUARA KASIH DAN OMBAK RINDU) MENTOR LEGEND


Wednesday, 14 January 2015

ESKLUSIF..!!! Kronologi Air Flight Crash - Rakaman Teriakan Allahuakbar Mungkin QZ8501 Mengalami Nasib Sama ?


Dalam gambar di atas, telah dijelaskan bagaimana Kronologi pesawat Adam Air penerbangan nomor KI- 574 bisa jatuh dengan kehancuran yang sangat dahsyat. Bisa dibilang dahsyat karena pesawat ini pecah berkeping-keping. Mengapa bisa? Pesawat Adam Air penerbangan nomor KI-574 mengalami hal yang bisa dibilang tidak lazim, saat pesawat Adam Air mengalami kerusakan pada Hampir Seluruh Sistem Instrumen-nya termasuk juga dengan Sistem Auto Pilot-nya, pesawat ini kehilangan ketinggiannya sehingga dengan curam menuju perairan Majene.


Sebelum itu pesawat ini melayang pada ketinggian 35.000 feet atau sekitar 12.000 meter diatas permukaan laut dengan aman, namun kemudian pada pukul 14.07 WIB, pesawat itu mendadak hilang dari radar, termasuk juga radar pesawat-pesawat lain yang berada pada route yang sama. Hal itu disebabkan kerusakan pada Sistem Auto Pilot-nya ini membawa pesawat ini menuju angin badai sehingga secara tidak disengaja pesawat ini berputar ke arah kanan sembari juga menurun dengan curam menuju perairan Majene tanpa disadari langsung oleh Pilot dan Co-Pilot. Penurunan yang drastis ini menyebakan Penggelebungan pada cabin/badan tanpa bisa diadaptasi oleh pesawat, karena hal ini berlangsung dengan sangat cepat, sehingga badan pesawatpun akhirnya Pecah.

Hal inilah yang membuat Tragedi Adam Air penerbangan nomor KI-574 sangat susah diselesaikan karena pecahan pesawat ini tersebar ke seluruh penjuru, begitu juga BlackBox-nya.

Kami harapkan kasus ini dapat menjadi pelajaran bagi semua maskapai penerbangan juga kita, agar dalam prosesnya kita tidak melakukan sebuah tindakan dengan setengah-setengah, jangan sama dengan tragedi di atas yang disebabkan oleh kurangnya perawatan pada pesawat khususnya Sistem Instrumen yang sangat berperan penuh dalam suatu penerbangan. sumber

Tuesday, 13 January 2015

[Video] Awie Ada Bukti VIDEO Rozana Misbun Amalkan Perkara Syirik, Khurafat



Dalam prosiding terbaru di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur peguam Awie mendedahkan yang anak guamnya mempunyai bukti kukuh yang isterinya Rozana Misbun mengamalkan perkara syirik dan khurafat.

Rozana Misbun didakwa mengamalkan amalan khurafat sepanjang sembilan tahun perkahwinan mereka selepas penemuan barang-barang seperti darah, rambut dan tulang yang diletakkan di dalam botol kecil selain patung kemaluan lelaki diperbuat daripada emas tulen.

Barang barang tersebut termasuk patung logam Buddha ditemui di rumah kelamin Awie & Rozana Misbun di Ukay Bestari, Ampang yang didakwa disorokkan oleh wanita itu.

“Anak guam saya menemui sebahagian barang-barang tersebut sebelum responden (Rozana) meninggalkan kediaman mereka dan sebahagian lagi dijumpai setelah responden meninggalkan rumah,” ujar peguam Syarie yang mewakili Awie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.

Dalam perbicaraan sama, peguam syarie Awie juga mendedahkan yang Rozana Misbun seorang tidak amanah apabila membelanjakan wang simpanan Awie.

“Responden juga seorang yang tidak amanah apabila telah menggunakan dan belanjakan wang simpanan pemohon (Awie) yang telah diamanahkan untuk disimpan di dalam akaun bank dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) demi masa depan keluarga”

“Wang berkenaan telah digunakan untuk membeli barangan jenama seperti Louis Vuitton, Chanel, Dolce & Gabanna dan lain-lain tanpa keizinan pemohon,” tambahnya lagi. (rtky/m)

Kesiannya Je Tengok..!! Aaisyah Mesti Kena Kuat..! "Anak Perempuan Che Ta"


Semua bayi akan mengalami pengalaman kali pertama dicucuk untuk tujuan immunisasi. Setiap pengalaman bayi-bayi itu pun berbeza. Jom kita lihat video Aaisyah Dhia Rana dicucuk. Cuba teka apa respon bayi comel itu? Hik hik hik…